Friday, 15 July 2011

Pada cuti semesta yang lalu, Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah mengadakan satu lawatan kurikulum ke Ubud Bali, Indonesia selama lima hari empat malam iaitu bermula dari 13 Jun hingga 17 Jun.  lawatan ini diserta disertai oleh seramai 15  orang pelatih guru yang terdiri dari PPISMP ambilan Januari 2010 Unit H2 dan diiringi enam  orang pensyarah penasihat.
Sebelum bertolak lawatan kami ke Ubud Bali, bermacam-macam perkara yang kami perlu sediakan baik dari segi kewangan, mental dan fizikal. Ini kerana, ini adalah kali pertama kami membuat lawatan kurikulum ke Negara luar. Namun pensyarah penasihat iaitu En. Kasran selalu memberi peringatan dan dorongan kepada kami dalam menyediakan perkara-perkara yang penting seperti pasport, visa, duit rupiah dan sebagainya.
Sebelum bertolak ke LCCT kami diarah berkumpul di garaj bas institute pendidikan guru kampus ipoh pada pukul 12 tengahmalam. Kami bertolak awal dari institut kerana kami perlu beriringan ke LCCT dengan ahli rombongan JPP yang ingin ke Sabah. Tepat pukul 1.30 pagi kami bertolak ke LCCT dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak institut. Kami tiba di LCCT pada pukul 5.30 pagi. Kami terpaksa menunggu agak lama di LCCT kerana fligt kami dijangka pada pukul 11.00 pagi. Namun masa seakan bergerak agak pantas bila kami terpaksa menguruskan pelbagai perkara di LCCT seperti menimbang beg. Walaupun ada sedikit masalah sewaktu menimbang beg kerana melebihi muatan yang telah kami persetujui dengan pihak agen. Tapi kecekapan pihak agen yang menguruskan perjalanan kami membuatkan masalah ini dapat di atasi.
Pada pukul 11.00 pagi kami menaiki penerbangan ke Bali, Indonesia. Penerbangan dari LCCT, Malaysia Ke Bali, Indonesia mengambil masa selama dua jam setengah. Kami tiba di lapangan terbang Ngurahrai, Bali pada pukul 1.30 tengahari.Setibanya kami di lapangan terbang Ngurah Rai, kami disambut dengan kalungan bunga kemboja oleh pemandu pelancong kami yang disediakan yang disediakan pihak agen. Pihak agen telah menyediakan sebuah bas bagi memudahkan pergerakan kami sepanjang di Bali. Setelah berkenalan dengan pemandu pelancong kami iaitu Pak Timbang, kami di bawa ke Restoran Wong Solo untuk makan tengahari yang terkenal dengan hidangan ayam bakar. Memandangkan  perjalanan agak lama membuatkan kami semua kelaparan.   Setelah selesai menjamu selera di Restoran Makan Wongsolo kami terus menuju ke tempat Penginapan.
Menurut pemandu pelancong kami iaitu Pak Timbang, tempat penginapan kami terletak di tengah-tengah Bandar iaitu di Kuta. Kami tiba di Aromas Hotel pada pukul 3.30 petang. Selepas daftar masuk, kami diberikan bilik penginapan iaitu satu bilik terdiri daripada dua orang. Aromas Hotel merupakan salah satu hotel bertaraf tiga bintang yang terkenal di Bali. Landskap hotel serta tempatnya yang strategik  berdekatan dengan bandar dan Pantai Kuta menjadikan Aromas Hotel tempat yang sesuai untuk menginap. Pak Timbang meminta kami berehat dahulu di bilik penginapan setelah melalui satu perjalanan yang panjang dan memenatkan. istimewanya di Bali pada pandangan kami  ialah ukirannya yg begitu halus berseni dan teliti, seperti patung-patung kuda atau dewa-dewa Hindu yg terletak di simpang-simpang jalan.Kami diminta berkumpul semula di Lobi hotel pada pukul 7.00 malam. 
Tepat jam 7.15 kami dibawa oleh Pak Timbang ke Rumah Makan yang dikenali sebagai Warung Bandung. Warung Bandung ini terletak 25 minit dari tempat penginapan kami. Di sini kami dijamu dengan masakan jawa atau dikenali sebagai nasi timbel. nasi ini lembek dan dibungkus dalam daun pisang dan dibentuk bulat seperti lemang. Ianya dimakan dengan ayam goreng, ulam dan sambal. yang peliknya ianya tidak ada kuah. Landskap restoran agak menarik dengan pondok-pondok yang disediakan kepada pengunjung yang datang. Setelah selesai menjamu selera, kami terus di bawa pulang ke hotel.
Kami mengambil masa yang terluang untuk berjalan-jalan sekitar kawasan hotel yang kaya dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang dan cenderamata. Harga yang ditawarkan agak tinggi  membuatkan kami berfikir panjang sebelum membeli sesuatu. Mungkin disebabkan kawasan itu kawasan pelancong, harga yang di berikan agak mahal.tetapi sekiranya seseorang itu pandai untuk tawar-menawar, pasti akan memperoleh harga yang agak memuaskan. Setelah penat berjalan-jalan, kami pun terus pulang ke hotel untuk berehat.
Hari kedua -14 JUN 2011( selasa)

Selepas sarapan pagi, pada pukul 8.30 pagi kami bertolak ke Batubulan untuk melihat Tarian Barongan. Dalam perjalanan kami diberi sedikit taklimat dan penerangan oleh Pak Timbang berkaitan tarian ini. Setibanya di sana kami turut di beri risalah berkaitan tarian ini sebagai pengetahuan. Berdasarkan risalah yang diberi tarian barongan merupakan tarian yang ditarikan oleh dua orang penari lelaki. Tarian ini merupakan peninggalan kebudayaan Pra Hindu yang menggunakan boneka dalam bentuk binatang berkaki empat atau manusia purba yang memiliki kekuatan magis. Topeng Barong dibuat dari kayu yang diambil dari tempat-tempat angker  seperti kubur, oleh sebab itu tarian Barong merupakan tarian yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu Bali. Pertunjukan tarian ini  diiringi dengan gamelan.
Selepas melihat tarian barongan kami bergerak ke Anom Emas dan Perak. Anom emas dan perak ialah tempat pembuatan dan penjualan emas dan perak. Terdapat pelbagai jenis pembuatan dan penjualan emas dan perak yang terdapat di sana. Haraga yang ditawarkan juga agak berpatutan. Kami juga dapat melihat sendiri penghasilan dan cara pembuatan emas dan perak ini di Anom Emas dan Perak oleh tukang-tukang emas yang berpengalaman.

Perjalanan kami diteruskan ke Muji Art Family.  Muji Art Family ialah galeri lukisan yang terkenal di Bali. Muji Art Family ini terletak di kawasan perkampungan . Galeri Muji Art Family banyak menghasilkan lukisan klasik dan lukisan tradisional Bali. Malahan terdapat juga lukisan kontemporari dan moden. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Bukan itu sahaja. Kami turut mencuci mata dengan lukisan di Iwayan Arnaya Galeri. Selepas ke Muji Art Kami bertolak ke Iwayan Arnaya Galeri. Iwayan Arnaya Galeri ini terletak tidak jauh dari Muji Art Family. Lukisan-lukisan yang dihasilkan juga menarik manakala harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di Muji Art Family.
Pada pukul 12.50 tengahari kami bergerak ke Restoren Suling Bali yang terletak di Kintamani untuk makan tengahari. Setibanya di Kintamani. Kami sangat teruja dengan pemandangan serta udara yang nyaman.Lebih menarik lagi apabila kami dapat menyaksikan pemandangan Gunung Batur  sewaktu menjamu selera. Berdasarkan penerangan yang di beri Pak Timbang, gunung berapi ini masih aktif dan telah 24 kali meletup dari tahun 1880. Restoren ini agak mewah dan menarik dengan susun atur serta landskap luarannya.Makanan yang dihidangkan secara layan diri dan sangat sedap, terdapat pelbagai menu, sup, serta buah-buahan yang dihidangkan.. Pemandangan alam yang cantik di Kintamani menjadikannya salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke Bali. Tetapi disebabkan  terdapat peniaga-peniaga yang menjualkan barang-barang mereka kepada kami, malah ada sestengah dari mereka seakan memaksa-maksa kami membeli barangan mereka menyebabkan kami agak takut didekati mereka.
Selepas menjamu selera dengan pelbagai menu yang menarik, perjalanan kami diteruskan ke Pasar Sukawati. Kami tiba di Pasar Sukawati pada pukul 4.45 petang.kami diberi masa selama sejam setengah untuk berbelanja di Pasar Sukawati.  Terdapat pelbagai cenderahati yang menarik di boleh dibeli. Harga yang ditawarkan agak mahal tetapi jika bijak berbelanja, barangan yang dikehendaki dapat dimiliki dengan harga yang sangat murah. Di pasar ini juga terdapat lukisan-lukisan yang dijual dengan harga yang  murah dan amat berpatutan. Kesempatan yang ada ini, kami turut membeli beberapa lukisan untuk di bawa pulang.
Selepas penat berbelanja di Pasar Sukawati, kami bergerak ke Natrabu Minang Restoren untuk makan malam. Kami tiba di di Natrabu Minang restoran kira-kira pukul 6.50 petang. Masakan yang dihidangkan adalah masakan minang dan seakan-akan masakan di Malaysia, ini membuatkan kami tidak mempunyai masalah untuk menjamu selera di restoran ini. Selepas makan, kami bergambar kenangan di pelamin masyarakat minang yang disediakan di restoren itu.. .

Apabila sudah selesai sesi bergambar, kami bertolak pula ke ‘Krisna’ iaitu sebuah pusat membeli-belah yang mengadungi pelbagai jenis barang bermotifkan Bali seperti t-shirt, seluar pendek, beg, barang perhiasan, cederamata dan banyak lagi. Barang-barang yang dijual sangat memuaskan hati kami dengan mutu dan harga yang amat berpatutan. Kami turut membeli beberapa jenis cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air. Walaupun masih belum puas berada di situ, kami terpaksa menuruti kata-kata pemandu pelancong kami supaya segera ke bas untuk pulang ke hotel. Kami pulang ke hotel pada pukul 9.30 malam. untuk aktiviti bebas. Masa yang terluang inilah kami ambil untuk melaksanakan aktiviti bebas seperti berenang di kolam renang, menikmati urutan bali atau bersiar-siar di kedai-kedai cenderamata berdekatan dengan tempat penginapan kami.


Perjalanan kami diteruskan lagi pada hari ketiga. Selepas sarapan pagi kami bertolak ke Muzium lamayeur yang terletak di Pantai Sanur. Kami tiba di Muzium Lamayeur pada pukul 9.10 pagi. Sebelum melawat ke sekitar kawasan muzium kami diberi taklimat berkaitan Muzium Lamayeur oleh penjaga muzium iaitu Gede Mahadi. Menurut beliau muzium Lamayeur mengambil nama sempena nama sebenar pemilik rumah iaitu Adrien Jean Le Mayeur de Merpres (1880-1958) dari  Belgium yang berketurunan bangsawan. Beliau  datang ke Bali untuk berkarya namun beliau bertemu dengan gadis bali yang bernama Ni Pollok, seorang penari yang terkenal di situ.  Ni Pollok dijadikan model untuk kebanyakkan lukisan beliau. Selepas 2 tahun Ni Pollok menjadi model lukisan Lamayeur, barulah mereka berkahwin. Ketika itu Lamayeur berusia 54 tahun manakala Ni Pollok berusia 17 tahun.Menurut Gede Mahadi lagi, kerana keakraban Lamayeur dengan pemerintah Indonesia iaitu Sukarno, beliau menyerahkan rumah beliau kepada Sukarno sebagai hadiah kepada kerajaan yang memerintah. Selepas kematian Lamayeur akibat kanser, muzium itu masih di bawah jagaan Ni Pollok. Selepas kematian Ni Pollok barulah rumah itu di kelola oleh pemerintah Indonesia sepenuhnya. Muzium itu menampung 88 buah lukisan yang dilukis sendiri oleh Lamayeur.  Sebahagian besar tema lukisanya adalah wanita bali iaitu Ni Pollok. 

Saturday, 4 June 2011

dua dalam satu

cti sem dah seminggu blalu...aceceh..skima btul ayat imtiaz..ok2..ayat x skima mcm ni, imtiaz dah pnuhkan seminggu cti ni dengan buat mcm2 keje..bkn keje yang x berfaedah tau tapi keje yang mndatangkan hasil yang lumayan..nt imtiaz bg tau per keje yg imtiaz buat tym cti ni..tp b4 tu imtiaz nk kongsi satu bnda.
"PER PRASAAN KORANG BILA KORANG LIHAT PAKWE LAMA KORANG KWIN?"
wah!!! sungguh brani mati entry ni..hehehe...imtiaz sjer nk kngsi per prasaan imtiaz jer..sebab mybe ader diantara korang yg mlalui situasi yg sma...

cti ni, imtiaz dpt stu undgan tuk mjlis knduri, korang fham2 ler undngan dri saper ek..cuba korang teka reaksi imtiaz tym 2...sedih..:"( , terkilan, menitik air mata dengan tiba2..sumer yg bermain di fikiran korang mybe salah..yg peliknyer imtiaz rasa excited nk p knduri 2..x sbar2 nk pegi..nk tau knapa?sbb imtiaz nk tngk saper pilihan dia..2 jer..hehehe
xder mkna untuk imtiaz sdih...life must be go on..so wtper kita nk knang lagi cm lagu p ramlee," barang yg lepas usah dikenang"..entah btul entah tidak lirik ni...tipu la lau imtiaz ckp xder prasaan negatif yg timbul..ader 2 mmg ader tp sikit.just tkenang wktu bcinta ngn dia bila dapt undangan 2.pas2 trus ttup buku...imtiaz set kn dlm kpala otak trikh dia kwin tp mlang....jeng3x
mmg mlang coz imtiaz pnya la excited nk pegi mjlis dia sampai stu mlm 2 imtiaz call kwn baik imtiaz tnya dia, bleh ker tman imtiaz p umah E ni..nk tau per dia ckp..
"hello cik imtiaz, knduri umh E dh lepas ler..dh sminggu dah.."
adooiiii..mmg imtiaz tension abis la coz mcm2 yg imtiaz prepare..adiah mmg bsar la tuk tnjuk kita ok lau dia kwin..hahahaha. ni sume gara2 keje imtiaz tym cti la smpai luper trikh dn masa..ingt nk keje cri pulus jer..
skng imtiaz story keje imtiaz tym cti ni ek..keje dia xder la special sgt..tpi ngn keje ni imtiaz bleh jd jutawan tau, 2 pn lau tkar duit imtiaz dpt ni ngan duit rupiah la..hehehehe

ok..pas korang tngk gambar2 kt bawah ni, agak2 per keje imtiaz?





tentu dapat agak kan...tp imtiaz bgitau gak..keje imtiaz tym2 cti ialah jhit mnik kt tdung yg ditempah..walaupn keje dia agak leceh dan memerlukan kreativiti yang tinggi tp imtiaz mmg suka wt keje ni..imtiaz lau dah start menjahit mmg snggup x mkn seharian.."mkn manik pn dah ckup"..tu mak imtiaz yang ckap la...ok..mlas dah imtiaz nk mlalut..pada saper2 yg bminat tuk suh imtiaz jhit manik samaada di tudung or baju bleh msj imtiaz..harga yg dbrikan sgt bpatutan dan bleh dirunding...:)..

Sunday, 22 May 2011

kau terlalu istimewa....

terlalu byk pndapat ttg org yg paling istimewa dalam hdup korang kan..walau sper pn yg pling istimewa dlam hdup korang itu adalah hak pribadi..imtiaz xnk usik..hikhikhik
imtiaz pn der org yg istimewa gak. antara insan yg pling istmewa dlam hdup imtiaz ialah ank2 buah imtiaz..rasa lau bleh tiap2 ari nk dkelilingi oleh ank2 buah imtiaz. lgpn imtiaz mmg sker kanak2..mybe coz tu la rzeki imtiaz jd ckgu kot..

cerita pasal ank2 buah imtiaz ni, imtiaz der 11 orang ank sdra dan insyaallah akn di update dr smasa ke smasa oleh abg n kakak2 imtiaz..heheh

 imtiaz dikelilingi oleh insan2 teristimewa dala hdup imtiaz..fatin, fatihah,izzah,insyirah,damia, nina, najihah, najwa, alia, ammar fatini. n jeng3x..luv u all..
 satu2nya hero idaman malaya dalm family imtiaz..afiq ammar..doa2 la amar cepat  dapat geng yang sama jantina yer..
 ni ank my brother, ank sdra yg ke4..very smart chldren...bsar nt ktanya nk jd ckgu cm imtiaz..semoga impiannyer termakbul..:)
bby yg comei  ni adik aisha fatihah, nmer nyer aisha fatini..wktu dia bby dia x suker imtiaz tp skng lau jumpa imtiaz jer tkenek2 dia dtg bmnja...

ank buah yg sulung n yang kdua..dua2 sgt mtang. kkdang imtiaz yg dah besou ni pn depa bg ceramah n nsihat oleh mreka bdua...
yg ni ank buah yg pling byk potpet2 and pandai merancang..bla birthdy dia dah dkat jer dia akn sms sumer untie2 dia mtak hadiah..konklusinyer jdi lah cm ank buah imtiaz yg ni coz tym birhdy jer byk la hdiah dia dapt...

Saturday, 21 May 2011

sya seorang cikgu..

tak pnah tpki di bnak imtiaz nk jd ckgu tym kcik2 dlu..bila ckgu tnya jer,
cikgu: cita2 awk aper aishah
imtiaz: sya nk jd doktor ckgu, xpn polis, xpn nurse,xpn dan xpn..
mmg xder lnsung list tuk jd ckgu..tp perpn Allah dah ttpkan rzeki aku..
              "saya seorang bakal guru"
nk x nk imtiaz kna korbankan sluruh jiwa dan raga imtiaz untuk mndidik anak bangsa agar menjadi pelapis negara yang berguna..first2 tau imtiaz dpt Institut Pendidikan Guru mmg rasa xnk pegi..pas kna desak ngn fmily imtiaz p jugak..tp bila dah lama berkecimpung mnjadi bakal pndidik imtiaz jd syg  ngn profesion ni tambah lak imtiaz dapat geng yang mmg satu kpala, stu bntal, satu jiwa n satu malysia..Actully, org ckap senang nk jd guru tp bkn senang nk jd pendidik..yup, imtiaz mmg stuju sgt ngn aper yg org kata 2..x semua guru mampu jd pndidik yang berjaya.tp imtiaz harap imtiaz blh jd guru yang terbaik, tegas bila perlu dan ikhlas mgajar murid2 imtiaz..insyaallah
antara ckgu yg imtiaz akan jd :


 cikgu muzik..tya sama pokok aper sebab goyang nt jwab pokok blablablabla ...
cikgu seni: mngajar seni pn pegang rotan..mmg garang ckgu ni...xleh men2 dalam kelas

cikgu pj :  ok gak...serba boleh katakan
with murid2 S.K Kamil and bkal2 pendidik...

paper pn cikgu yg bakal imtiaz jd yg pnting ialah cara imtiaz untuk ank didik imtiz menjadi insan yg berguna, cemerlang, gmilang dan terbilang seantero dunia..cewwah...

Saturday, 9 April 2011

about me.....

ni la imtiaz...imtiaz aisha tp bkn nmer sbnar...just name glemer jer...actually nmer 2 ustzah imtiaz yg bg..dia ckp suh aku bjaya wlau dimana jua imtiaz brada so dia pnggilla aku imtiaz coz mksud imtiaz adlah kjyaan..nama kan doa..aisha lak adlah nma sbnar imtiaz..bila gabung dua nama 2 jdila imtiaz aisha . kt skolah dlu mmg imtiaz dknali ngn nma imtiaz..yerla..bla dah suker ngn nama 2 imtiaz push org len pnggil imtiaz dengan nama imtiaz or kak imtiaz..hehhe..sorry la yer saper org2 yg tlah  imtiaz push 2..bkn sgja tp pksa jer..
imtiaz suker edit gmbr...coz xder keje nk wt dmasa lpng..bla der gmbr bru jer abis imtiaz edit...hobby bru..heehe..jgn jelez..gmbr ni tym imtiaz p air terjun kt negeri 9..nmer per tah air trjun 2 imtiaz  pn  luper dah...mls nk ingt coz xpnting pn..bila pnting t bru  imtiaz ingt blik...

ni lak gmbr imtiaz tym p mlaka r2..nmer tmpt imtiaz  amik pic ni taman seribu bnga..lam 2 mmg byk bnga..xyah ckapla..lau nk kira mmg x terkira la..tp lau korang ttba rjin nk kra brapa bnga yg der kt c2 xder mslah...
..

first tyme

org der blog imtiaz pn nk ader..tp kira ok ler..skurang2nyer imtiaz xderla ktngglan zaman sgt..
tp mlu cikit kt kwn2 yg len..depa sumer dan der blog sdri tp imtiaz bru jer nk create..but life must be go on...so xder bnda sgt nk dimalukan  disini....asal bhgia dah ler...malas nk mlalut byk2 coz imtiaz pn xder idea nk post tuk ptama kali ni..hehhe..pn pn imtiaz ucapkan slamat berblogger tuk dri sdri coz org len xder nk ucap pn tuk imtiaz..cdihkan2x...:P